(Mangrove Kayak Exploration)

Rasai Pengalaman Pengembaraan Kayak Jelajah Paya Bakau Bagan Lalang, Sepang.

Rasai Pengalaman Pengembaraan Kayak Jelajah Paya Bakau Bagan Lalang, Sepang

Aktiviti “kayak mengembara sepanjang 6KM & berdurasi 4 jam menyelusuri kawasan Paya Bakau Bagan Lalang” pasti memberi pengalaman baru buat anda dan keluarga serta kawan- kawan.

Kayak ini berkonsepkan pengembaraan yang “cool and fun education” yang mana semasa berkayak menyelusuri sungai Bagan Lalang ini anda akan belajar mengenai ekosistem & kepentingan paya bakau terhadap alam & manusia.

Semasa berkayak anda akan ditemani oleh instructor & guide terlatih kami yang akan memantau keselamatan anda dan memberi taklimat tentang ekosistem paya bakau.

Berkayak menyelusuri paya bakau ini anda juga berpeluang melihat keunikkan flora & fauna serta haiwan-haiwan eksotik yang jarang di lihat seperti Ketam Rebab, Udang kara (lobster) Lumpur, Kupu-kupu Mangrove Tree Nymp & pelbagai spesis hidupan rare.

Siapakah Yang Sesuai Untuk Aktiviti Kayak Ini

  1. Mereka yang ingin merasa pengalaman baru dalam aktiviti pengembaraan kayak jelajah paya bakau.
  2. Syarikat yang ingin buat team building yang rare untuk staff & kakitangan
  3. Mereka yang sukakan aktiviti sukan & mencabar
  4. Mereka yang ingin menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga atau kawan-kawan.
  5. Mereka yang berminat untuk belajar dan melihat flora fauna & ekosistem paya baka

Hari & Masa:

Hujung Minggu (Sabtu & Ahad):
Sesi 1 : 9.00am- 1.00pm
Sesi 2 : 2.00pm – 6.00pm

Hari Biasa (Isnin Jumaat)
Sesi 1 : 9.00am- 1.00pm
Sesi 2 : 2.00pm – 6.00pm

*Max 100 pax untuk setiap sesi. Untuk hari biasa, minimum adalah 8 orang diperlukan untuk 1 sesi.

Pakej Harga

Dewasa: RM155/pax
Kanak-Kanak (atas 2 tahun): RM100/pax

*Minimum seorang dewasa diperlukan untuk kanak-kanak

Harga termasuk:

✅ Kayak & Pengayuh
✅ Personal Floating Device (PFD)
✅ Pembelajaran Asas Kayak
✅ Jelajah Paya Bakau 6KM @ 4 Jam
✅ Snek Ringan
✅ Makan Tengah Hari / Snek Petang
✅ Professional Guide
✅ E- Certificate

Apa yang perlu Anda bawa

✅ Baju salin
✅ Cermin mata hitam
✅ Beg Kering
✅ Topi

Apa yang perlu anda pakai Ketika Berkayak

✅ Baju lengan panjang
✅ Kasut Bertutup

*kaki ayam, selipar, sandal tidak dibenarkan.

Pembelian Tiket

Untuk check tarikh available & pembelian tiket sila klik link di bawah

Pembelian Tiket