LIVE TO EXPLORE - LIVE TO INSPIRE

Ayat di atas sentiasa menjadi MANTRA sepanjang pembinaan Project Vacation (PV). Pada mulanya PV di wujudkan ianya bukanlah bertujuan untuk Travel & Adventure semata mata. Secara AMnya PV dibina untuk mewujudkan generasi yang sentiasa meluaskan pengalaman hidup, sentiasa mengaspirasikan dan memanfaatkan yang lain supaya kita semua bersama-sama berjaya mencapai apa saja yang kita inginkan – Live Your Life Fullest! 

Sejak dari 2013 – PV berubah mengikut perkembangan dan pengetahuan semasa Team PV dan circle circle PV. Dari mulanya PV hanya pengeluar Merchandise sehinggalah kini 2021 – PV telah didaftar sebagai satu syarikat Social Enterprise-Basic di bawah MaGIC | Malaysian Global Innovation & Creativity Centre fokus untuk “Memperkasakan belia dan ekonomi tempatan di dalam industri Pelancongan dan Pengembaraan melalui digitalisasi dengan menghubungkan dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk meneroka dunia dan melestarikan alam semula jadi.”

Ultimately - We want to MAKE A DIFFERENCE in this WORLD

RE-LAUNCHING #PVSIGNATURE CLASSIC GOLD

Untuk memulakan perjalanan Social Enterprise (SE) PV, kami mulakan dengan pelancaran semula merchandise #PVSignature – Original Classic Gold. Setiap pembelian, 50% akan disalurkan ke pembinaan SE Ecosystem PV dan juga Nature Conservation program dengan kerjasama syarikat penggiat seperti Fuze Ecoteer, Seabells dan banyak lagi.

Baju edisi CLASSIC GOLD ini adalah baju yang PERTAMA di keluarkan oleh PV. Ianya mempunyai sentimental value yang sangat tinggi bagi kami dan baju ini jugalah pencetus jenama PV yang menemukan dan menyatukan kami dengan lebih ramai pengembara dunia, peng-inspirasi yang hebat dan juga pencinta alam.

Kini baju #PVSignature CLASSIC GOLD boleh di dapati di SINI secara PRE-ORDER. Pesanan akan ditutup pada 28hb Februari dan penghantaran akan di buat pada 20hb March 2021. Insyaallah.

PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI KITA - MAKA PV MULAKAN DENGAN DIRI KAMI SENDIRI

#PVSIGNATURE COLLECTION

JENIS NATURE CONSERVATION PROGRAM YANG DI SOKONG

AND THERE WILL BE MORE SOON

Jika korang ada program program Nature Conservation yang perlukan sokongan. Sila hubungi PV untuk maklumat lanjut.