Mencari aktiviti yang menarik untuk Team Building? Jom cuba:

(Mangrove Kayak Exploration)

Rasai Pengalaman Pengembaraan Kayak Jelajah Paya Bakau Bagan Lalang, Sepang.

Rasai Pengalaman Pengembaraan Kayak Jelajah Paya Bakau Bagan Lalang, Sepang

Aktiviti “kayak mengembara sepanjang 6KM & berdurasi 4 jam menyelusuri kawasan Paya Bakau Bagan Lalang” pasti memberi pengalaman baru buat anda dan rakan-rakan.

Kayak ini berkonsepkan pengembaraan yang “cool and fun education” yang mana semasa berkayak menyelusuri sungai Bagan Lalang ini anda akan belajar mengenai ekosistem & kepentingan paya bakau terhadap alam & manusia.

Semasa berkayak anda akan ditemani oleh instructor & guide terlatih kami yang akan memantau keselamatan anda dan memberi taklimat tentang ekosistem paya bakau.

Berkayak menyelusuri paya bakau ini anda juga berpeluang melihat keunikkan flora & fauna serta haiwan-haiwan eksotik yang jarang di lihat seperti Ketam Rebab, Udang kara (lobster) Lumpur, Kupu-kupu Mangrove Tree Nymp & pelbagai spesis hidupan rare.

Siapakah Yang Sesuai Untuk Aktiviti Kayak Ini

  1. Syarikat yang ingin buat team building yang rare untuk staff / kakitangan
  2. Mereka yang ingin merasa pengalaman baru dalam aktiviti pengembaraan kayak jelajah paya bakau.
  3. Mereka yang sukakan aktiviti sukan & mencabar
  4. Mereka yang ingin menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga atau kawan-kawan.
  5. Mereka yang berminat untuk belajar dan melihat flora fauna & ekosistem paya baka

Hari & Masa:

Hujung Minggu (Sabtu & Ahad):
Sesi 1 : 9.00am- 1.00pm
Sesi 2 : 2.00pm – 6.00pm

Hari Biasa (Isnin Jumaat)
Sesi 1 : 9.00am- 1.00pm
Sesi 2 : 2.00pm – 6.00pm

*Max 100 pax untuk setiap sesi. Untuk hari biasa, minimum adalah 8 orang diperlukan untuk 1 sesi.

Pakej Harga

Dewasa: RM120/orang
Kanak-Kanak (atas 2 tahun): RM80

*Minimum seorang dewasa diperlukan untuk kanak-kanak

Harga termasuk:

✅ Kayak & Pengayuh
✅ Personal Floating Device (PFD)
✅ Pembelajaran Asas Kayak
✅ Jelajah Paya Bakau 6KM @ 4 Jam
✅ Snek Ringan
✅ Makan Tengah Hari / Snek Petang
✅ Professional Guide
✅ E- Certificate

Apa yang perlu Anda bawa

✅ Baju salin
✅ Cermin mata hitam
✅ Beg Kering
✅ Topi

Apa yang perlu anda pakai Ketika Berkayak

✅ Baju lengan panjang
✅ Kasut Bertutup

*kaki ayam, selipar, sandal tidak dibenarkan.

Pembelian Tiket

Untuk check tarikh available & pembelian tiket sila klik link di bawah

Pembelian Tiket