9 Aktiviti Menarik di Semporna

Semporna bukan sahaja dikenali oleh rakyat Malaysia, malah mereka dari luar negara juga turut menjadikan Semporna sebagai salah satu daripada destinasi wajib singgah di Malaysia.

Selain dikenali kerana mempunyai gugusan pulau-pulau yang indah dan terkenal seperti Mabul, Sipadan, Mataking dan juga Pom Pom, ia juga dikenali kerana menawarkan banyak aktiviti yang menarik untuk para pengunjung.

Nak tahu apa aktiviti menarik yang anda boleh lakukan disini? Jom baca!

1. Pasar Malam Jalan Chester

Kalau anda dah sampai ke Semporna, rugi kalau anda tak luangkan masa untuk berjalan-jalan di pasar malam Jalan Chester yang terletak di Tawau ini. Oh. Aktiviti ini anda boleh lakukan jika anda sampai awal di Tawau atau pihak resort anda ada tawarkan aktiviti ini.

Kalau ada, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman menarik disini. Konsep disini lebih kurang seperti uptown di mana ia akan beroperasi sehingga lewat malam.

2. Makan Seafood

Buat anda yang berpeluang sampai ke Sabah terutamanya di bahagian Semporna dan Tawau, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan makanan laut yang segar di restoran-restoran yang ada disini.

Pilihan restoran bergantung kepada pilihan anda sendiri atau anda boleh lihat review di Google. Nak dapatkan pandangan daripada kami pun boleh. Memang yang sedap-sedap je masuk dalam list kami.

Selain daripada makanan lautnya yang segar, banyak juga yang datang dalam saiz yang besar. Nak tahu apa yang lagi best? Ia sangat murah.

3. Makan Nasi Lalap

Nasi Lalap

Eh, makan lagi? Sebenarnya kami tak boleh untuk tak sebut berkenaan menu yang satu ini iaitu nasi lalap atau nasi goreng lalap. Ia merupakan menu istimewa masyarakat setempat.

Apa sebenarnya nasi atau nasi goreng lalap ni? Di dalam set ini terdapat nasi atau nasi goreng, ulam-ulaman, telur mata dan juga ayam goreng. Dari segi rasa, memang kami tak nafikan ia sangat sedap.

Selain dari nasi, anda juga boleh minta restoran atau gerai tersebut untuk menukarkannya kepada indo mi. Mana-mana pun memang gerenti sedap!

4. Hiking Bohey Dulang

Daki Bohey Dulang

Biasanya kalau sebut datang bercuti di Semporna, ramai yang tahu aktiviti yang melibatkan air dan laut sahaja. Tak ramai yang tahu sebenarnya anda boleh lakukan aktiviti hiking di Pulau Bohey Dulang.

Rugi sebenarnya kalau anda lepaskan peluang untuk hiking disini. Trek disini memang tidak kami nafikan bahawa ia lebih mencabar dan tinggi. Tapi, semua ini anda akan rasa sangat berbaloi bila anda dah sampai ke puncak.

Pemandangan di puncaknya memang sangat-sangat cantik. Terus hilang segala rasa penat dan lelah anda tadi.

5. Beli Souvenir

Souvenir semporna

Souvenir atau cenderahati ni anda memang wajib beli tak kisah la ke mana sekalipun anda berkunjung. Selain dari gambar atau video kenangan sebagai memori indah anda, cenderahati pun memainkan peranan yang sama.

Selain baju, topi, kraftangan dan cenderahati yang anda biasa pilih di tempat lain, disini anda boleh membeli mutiara asli dalam bentuk gelang, butang baju melayu, kerongsang, keychain, fridge magnet dan lain-lain.

6. Mee Tauhu

Betul. Makan lagi! Ramai yang kata macam tak lengkap kalau anda dah sampai di sini tapi tak rasa mee tauhu. Anda boleh menikmatinya di Tawau sebelum anda bergerak ke Semporna atau ketika ingin bergerak pulang. Ia merupakan kombinasi di antara mee goreng kicap dan juga kuah tauhu pekat.

7. Island Hopping & Snorkelling

Sudah menjadi bualan ramai bahawa pulau-pulau di Semporna ini merupakan famous spots untuk aktiviti snorkelling. Disebabkan oleh banyak sangat pulau yang ada disini, kebiasaannya pihak resort akan memberikan pilihan pulau dalam pakej yang berbeza.

Menerusi aktiviti ini, anda boleh lihat dengan lebih jelas dan dekat akan keindahan dan hidupan dasar laut. Macam-macam anda boleh jumpa dalam ni. Apa yang bestnya adalah, air disini sangat bersih dan jernih.

Kebiasaannya pilihan lokasi untuk aktiviti ini bukanlah kawasan yang terlalu dalam. Jadi, anda boleh nampak dasar laut dari atas bot lagi. Seronok sangat-sangat bila anda dapat berenang bersama-sama ikan dan hidupan laut yang lain!

8. Bergambar

Jangan risau. Aktiviti bergambar ni anda boleh lakukan di kesemua tempat untuk melakukan aktiviti yang kami nyatakan tadi dan termasuk jugalah di resort pilihan anda.

Kebiasaannya resort-resort di Semporna mempunyai rekaan resort yang unik, menarik dan juga cantik. Mereka juga menyediakan ruang-ruang yang dihias cantik untuk anda bergambar.

9. Mandi Laut

Disebabkan kesemua resort disini menggunakan konsep floating resort, anda boleh mendapatkan akses mudah ke laut. Nak mandi? Ada resort yang yang memberikan anda tangga terus turun ke laut dari bilik anda seperti di Nusakuya Resort.

Bestnya disini, anda akan diberikan banyak pilihan aktiviti seperti snorkelling, island hopping, glass boat dan banyak lagi. Bukan itu sahaja. Anda yang datang untuk honeymoon boleh request pakej istimewa dengan Nusakuya Resort.

Jap. Apa kata anda klik link di bawah untuk tonton beberapa video menarik mengenai Nusakuya Resort yang mempunyai rekaan resort yang menarik dan tarikan tangga terus ke laut dari bilik anda serta tarikan lain yang ada disini?

Jom Bercuti di Nusakuya Resort!

Kami akan pastikan pengalaman anda disini akan menjadi sebuah pengalaman yang unik dan menarik untuk anda. Sebagai sebuah agensi yang profesional di dalam bidang ini, kami akan memastikan keselesaan, keselamatan dan pengalaman anda menjadi perkara utama bagi kami.

Setakat ini, kami mendapat review berkenaan Nusakuya Resort harga yang ditawarkan termasuk dalam kategori yang paling berbaloi dengan apa yang anda bakal dapat.

Keindahan alam semulajadi, aktiviti menarik, suasana segar dan tenang di lautan biru serta tangga ke lautan akan menjadi tarikan utama buat anda yang bercuti disini. Untuk informasi lanjut berkenaan pakej yang anda boleh dapatkan, klik button di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *