Resort Terbaik Di Semporna – No 7 Adalah Yang Paling Unik

Di Semporna, selain daripada pulau-pulau yang terkenal dengan kecantikan dan keindahan semulajadi mereka, resort Semporna juga merupakan di antara daya penarik utama kawasan ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa apa yang ditawarkan di Semporna berada pada kualiti setara dengan destinasi pelancongan terkenal lain di dunia baik dari segi rekaan resort, keunikan resort, fasiliti yang disediakan, aktiviti yang ditawarkan dan lain-lain.

Resort-resort di Semporna sangat unik kerana kebanyakannya merupakan jenis resort atas air Semporna atau turut dikenali sebagai floating resort Semporna. Pengalaman yang bakal anda alami akan menjadi pengalaman yang sangat berbeza buat anda.

Dalam perkongsian kali ini, kami ingin kongsikan dengan anda beberapa resort atau tempat penginapan yang menarik dan terbaik di Semporna. Jom baca!

1. Mabul Beach Resort

Di Pulau Mabul, terdapat sebuah resort yang sering menjadi bualan para pengunjung iaitu Mabul Beach Resort. Ia menjadi tumpuan ramai terutamanya dalam kalangan peminat aktiviti menyelam.

Kemudahan yang ditawarkan menjadi sebab utama kenapa ramai pengunjung suka datang ke sini terutamanya dari segi fasiliti yang disediakan, makanan, kawasan bar untuk bersosial dan aktiviti yang boleh dilakukan.

Selain itu, ia juga turut menawarkan pakej istimewa bagi para penyelam dimana anda boleh memilih untuk tinggal disini selama 3 hari sehingga 10 hari. Apa yang pasti, pakej ditawarkan adalah sangat berbaloi kerana ada banyak diving port yang anda boleh kunjungi dan terlalu banyak hidupan akuatik yang anda boleh lihat.

2. Mabul Water Bungalow

Mabul Water Bungalow

Mabul Water Bungalow pula menawarkan suasana dan pengalaman percutian mewah di atas air buat para pengunjung. Resort Semporna ini merupakan sebuah resort 4 bintang yang terletak hanya 15 minit dari Sipadan.

Ia merupakan diantara resort tumpuan bagi peminat aktiviti menyelam dan juga snorkeling. Disini, anda ditawarkan peluang untuk menikmati pengalaman menyelam di 3 lokasi terbaik iaitu di Pulau Mabul, Pulau Sipadan dan juga Kapalai.

Sesuai dengan taraf resort 4 bintang miliknya, resort ini sering mendapat review yang sangat positif daripada para pengunjung. Anda tidak perlu risau akan kebersihan bilik, kualiti fasiliti dan kejernihan air lautnya.

Disini, anda juga dapat untuk merehatkan diri anda di spa, bersosial di kawasan bar dan juga restoran serta melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik.

3. Resort Semporna - Kapalai Dive Resort

Kapalai Dive Resort

Pulau Kapalai sangat dikenali dengan tebing pasir yang sungguh indah di kawasan laut Celebes. Sekalipun pulau ini tidak mempunyai penduduk yang ramai, namun ia mempunyai sebuah resort yang sangat terkenal.

Sebagai satu-satunya resort Semporna di Pulau Kapalai, anda pasti tidak akan kecewa dengan kualiti pakej percutian Semporna yang ditawarkan disini. Ia sangat sesuai buat anda yang ingin melakukan aktiviti laut seperti selam skuba dan juga snorkeling.

Review yang positif sering diberikan oleh para pengunjung untuk tempat ini yang memuji kecantikan resort, biliknya yang bersih, kemudahan pengangkutan pergi balik, kelengkapan menyelam, makanan yang sedap dan aktiviti yang boleh dilakukan disini.

4. Sipadan Water Village Resort Semporna

Sipadan Water Village Resort

Resort Semporna ini dibina hasil inspirasi perkampungan Bajau Laut di kawasan ini. Resort ini terletak di Pulau Sipadan dan mempunyai rekaan dan binaan yang sangat unik sebagai water resort Semporna yang mencapai tahap utopia.

Banyak fasiliti yang disediakan disini untuk kemudahan para pengunjung seperti dive centre dan juga mini mart. Apa yang paling menarik disini adalah kewujudan Twin Share Water Cottage yang dilengkapi dengan sundeck sendiri.

5. The Reef Dive Resort

The Reef Dive Resort

Resort ini pula terletak di Pulau Mataking yang terletak di Laut Celebes, Semporna, Sabah. Di pulau ini, terdapat hanya sebuah sahaja resort iaitu The Reef Dive Resort.

Resort ini merupakan sebuah resort yang eksklusif dan juga mewah. Anda diberikan 7 jenis pilihan bilik yang mewah serta peluang untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik bagi para pengunjung.

Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti disini kerana ia dilengkapi dengan pelbagai fasiliti. Anda boleh bersenam di gym, melihat burung merak di Peacock Sanctuary, melihat proses penetasan telur penyu dan macam-macam lagi.

Oh. Selain itu, anda juga boleh menempah kemudahan disini untuk melakukan majlis perkahwinan atas air. Ia pastinya akan menjadikan majlis anda lebih meriah dan romantis.

Ia juga sangat terkenal dengan sebuah tarikan eksklusif iaitu ‘Pejabat Pos Bawah Air’ yang merupakan sebuah kapal yang telah sengaja dikaramkan. Disini, para penyelam boleh memilih untuk pos poskad mereka di bawah air.

6. Crystal Resort - Semporna Sabah Resort

Crystal Resort Semporna

Resort Semporna ini juga mengekalkan identiti kebanyakan resort di Semporna iaitu dengan membina resort di atas air. Bezanya resort ini dengan resort-resort lain adalah, ia baru sahaja dibina pada tahun 2022.

Apapun, ia tetap merupakan sebuah resort yang sangat cantik baik dari segi rekaan atau pemandangan sekelilingnya. Ramai yang mengatakan anda akan dapat menikmati pengalaman seperti bercuti di Maldives namun pada kadar yang jauh lebih murah.

Setakat ini, ia mempunyai pilihan yang sangat terhad sebanyak 10 chalet sahaja. Namun, ia akan memberikan anda sebuah suasana percutian yang sangat eksklusif. Ia juga sangat sesuai bagi anda yang ingin datang ke sini untuk berbulan madu.

Resort Semporna - Nusakuya Resort

Nusakuya Resort merupakan salah satu daripada resort Semporna yang sentiasa menjadi tumpuan para pengunjung. Banyak keunikan yang ada pada Nusakuya Resort ini sebenarnya.

Antaranya adalah:

A. Tangga ke Lautan

Di setiap bilik, anda akan diberikan akses ke laut menerusi tangga dari bilik anda sendiri. Pada penghujung tangga tersebut, terdapat sebuah platform kecil. Jadi, anda boleh mengakses lautan pada bila-bila masa sahaja.

B. Balkoni di Setiap Bilik

Uniknya lagi untuk bilik di Nusakuya Resort, anda diberikan kemudahan balkoni pada setiap jenis bilik. Di balkoni, ada disediakan alas untuk anda duduk bersantai sendirian, bersama pasangan atau keluarga.

Sambil-sambil tu boleh anda menikmati pemandangan lautan jernih dengan menikmati secawan kopi panas. Memang sangat menenangkan. Pada waktu malam pula, anda boleh mendapat lebih privasi untuk menikmati suasana tengah lauh dan melihat bintang bergemerlapan.

C. Kemudahan Asas Lengkap Resort Semporna

Kemudahan disini juga sangat baik dimana anda mempunyai akses kepada elektrik, air bersih, aircond, kipas siling, tandas, katil, tilam, barang mandian, water heater dan lain-lain. Jadi, anda tidak perlu risau kerana anda pasti akan sangat selesa.

Apapun, sentiasa berikan perhatian terhadap sebarang notis atau maklumat sekiranya berlaku apa-apa gangguan atau kerosakan terhadap kemudahan ini. Biasanya, sangat jarang untuk berlaku sebarang masalah disini.

Hal ini kerana Nusakuya Resort mempunyai sistem pengurusan yang cekap dan terlatih.

Aktiviti Resort Semporna

Sama seperti resort-resort lain di Semporna, banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disini seperti:

  • Island Hopping
  • Snorkelling
  • Scuba Diving
  • Transparent Kayak
  • Jalan-jalan di Tawau

Kesimpulan

Seronok sebenarnya kalau anda memilih untuk bercuti di Semporna dan menginap di resort Semporna yang berkonsepkan resort terapung atas air ini. Bayangkan anda bangun pagi dan disapa lembutnya bayu laut.

Tak cukup dengan itu, kejernihan air laut dan pemandangan indah lautan yang luas terbentang pasti akan memberikan ketenangan buat anda. Jangan risau berkenaan makanan kerana anda boleh menikmati banyak makanan sedap disini.

Nak lagi best, anda boleh dapatkan resort Semporna yang menawarkan aktiviti untuk berjalan-jalan di Tawau. Banyak aktiviti menarik anda boleh lakukan di Tawau. Antara resort yang menawarkan aktiviti ini adalah Nusakuya Resort.

Anda boleh baca lebih lanjut mengenai keunikan Nusakuya Resort ini dalam perkongsian kami yang lain. Klik button di bawah untuk baca dan tonton video menarik termasuk tangga ke lautan Nusakuya Resort.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *