Singamata Reef Resort – Penginapan Atas Air Semporna

Singamata Resort atau Singamata Adventures and Reef Resort merupakan salah satu daripada pilihan kebanyakan mereka yang ingin datang bercuti di Semporna. Seperti apa yang kita sedia maklum, Semporna merupakan lokasi yang sangat dikenali disebabkan oleh keindahan alam semulajadi dan lautannya.

Singamata Reef Resort ini telah dibina pada tahun 2007 dan binaannya adalah diatas lautan jernih yang tidak terlalu dalam sekaligus membolehkan mereka yang memilih untuk menginap disini dapat menikmati keindahan hidupan-hidupan bawah laut yang menarik.

Resort ini mampu memberikan pengalaman terbaik dari segi ketenangan dan juga sangat sesuai untuk mereka yang sukakan kembara. Ia bukan sahaja menjadi pilihan buat para divers dan snorkelers malah ia juga menjadi pilihan mereka yang ingin berehat santai menikmati ketenangan.

Kenapa Pilih Singamata Resort?

1. Keindahan dan Ketenangan Lautan

Disini, anda boleh melihat pemandangan yang indah dari setiap arah. Kejernihan dan kebiruan air laut pasti akan menghadirkan ketenangan pada setiap mata yang memandang.

Jadi, buat anda yang gemar berselfie atau mengambil gambar, ia akan memberikan satu bentuk kepuasan buat anda. Oh. Nak ambil gambar ikan atau tapak sulaiman? Pun boleh!

2. Kemudahan Asas

Dari segi kemudahan asas, anda tak perlu risau kerana bekalan air dan elektrik sentiasa ada setiap masa. Kebiasaannya sukar untuk menguruskan perkara ini bagi resort yang berada di tengah lautan.

Namun, pihak Singamata Resort sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun lamanya dalam bidang pengurusan ini. Semuanya adalah untuk keselesaan dan kemudahan anda.

Selain itu, kemudahan juga adalah berbeza bergantung kepada jenis pakej dan jenis bilik yang anda pilih. Bagi basic room yang merupakan pakej paling murah, anda perlu untuk berkongsi bilik air.

Biasanya bilik ini menjadi pilihan backpackers yang datang ke Singamata Resort. Untuk bilik-bilik lain, anda akan mendapat private toilet anda sendiri. Sebab itulah jika anda mencari maklumat “Singamata Reef Resort price”, anda akan temukan banyak pilihan harga.

3. Balkoni

Jika anda tak kisah untuk berkongsi balkoni bersama-sama pengunjung lain, bilik selain bilik VIP boleh menjadi pilihan anda. Namun, sekiranya anda inginkan suasana yang lebih eksklusif terutamanya dari segi kemudahan dan privasi, bilik-bilik jenis VIP adalah sesuai untuk anda.

Jangan risau. Apapun pilihan Singamata Resort room anda, kesemuanya menjanjikan pemandangan yang luar biasa cantiknya untuk kesemua pengunjung.

4. Kemudahan Asas Lain

Setiap bilik akan diberikan bahan mandian, aircond, tuala dan air minuman. Kemudahan-kemudahan ini akan menjadi lebih baik bergantung kepada jenis bilik yang anda pilih seperti heater, hair dryer dan kipas.

5. Air Free Flow

Oh. Khas buat anda yang merupakan penggemar kopi atau minuman panas lain. Disini, anda boleh dapatkan air anda secara free flow. Betul. Boleh minum sampai puas.

Biasalah bila terlalu tenang duduk bersantai di balkoni atau mana-mana kerusi yang disediakan sambil menikmati pemandangan, sedar-sedar air pun dah habis diminum. Bila ada free flow, tak kisah sangat kan?

6. Makanan Lazat

Berdasarkan review yang ditinggalkan oleh para pengunjung, rata-rata mereka berpuas hati dengan hidangan yang mereka nikmati disini. Anda boleh dapatkan hidangan untuk sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam. 

Aktiviti di Singamata Resort

Sama seperti apa yang biasa dilakukan oleh mereka yang berkunjung ke Semporna, anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

A. Island Hopping

Daki Bohey Dulang

Jika anda berkunjung ke sini, jangan lepaskan peluang untuk melakukan aktiviti island hopping ke pulau-pulau berikut:

  • Daki Bohey Dulang
  • Sibuan
  • Matabuan
  • Mabul
  • Kapalai
  • Mataking
  • Pom Pom
  • Timba Timba

Pilihan pulau pula kebiasaannya bergantung kepada pakej yang anda pilih. Untuk setiap pakej biasanya melibatkan dua atau tiga buah pulau sahaja. Jika anda berasa tidak puas dan ingin melihat lebih banyak pulau lagi, anda boleh mendapatkan pakej tambahan.

B. Transparent Kayak

Aktiviti transparent kayak ini merupakan aktiviti berbayar yang anda boleh request dengan pihak Nusakuya Resort. Bayangkan anda sedang berkayak tapi anda boleh melihat apa yang sedang berlaku di bawah anda.

Ada ikan berenang-berenang melintasi bawah anda, dapat melihat dasar laut dan pengalaman ini akan membuatkan seolah-olah anda sedang terapung di tengah lautan. Memang best!

C. Scuba Diving & Snorkeling

Buat para penggemar percutian di pulau, anda pastinya ingin aktiviti scuba diving dan snorkeling yang ditawarkan. Jangan risau kerana anda boleh melakukan aktiviti tersebut di sini. Peralatan akan disediakan dan anda akan dibawa ke port menarik untuk anda melakukan aktiviti ini.

Bersedialah untuk menikmati keindahan dasar lautan yang menarik, indah dan luar biasa. Selain itu, anda juga boleh melihat hidupan laut seperti ikan, tapak sulaiman, penyu dan lain-lain.

D. Batik Painting

Sambil-sambil anda bersantai, anda boleh juga release stress dengan menjadi sekreatif yang anda boleh menerusi aktiviti batik painting ini. Mungkin dengan kunjungan anda kesini kali ini anda akan sedar bahawa anda mempunyai bakat terpendam?

Apapun, jangan terkejut dengan kualiti dan kekemasan hasil batik painting daripada staf dan pengajar yang bertugas. Memang luar biasa!

E. Tawau Tour atau Semporna Tour

Jika anda berkesempatan, jangan lepaskan peluang untuk jalan-jalan di Tawau atau Semporna. Untuk aktiviti ini biasanya anda akan dikenakan caj tambahan. Namun, pengalaman di kedua-dua lokasi ini pasti akan menjadi satu pengalaman yang sangat menarik untuk anda.

Anda akan dibawa untuk menikmati makanan di kawasan sekitar dan akan turut dibawa ke pasar ikan untuk mendapatkan makanan laut yang segar. Oh. Jangan risau. Makanan laut di Sabah tidak mahal.

Berdasarkan Singamata Resort review, ramai yang mencadangkan supaya anda mengambil peluang untuk berjalan-jalan disini.

Sesuai ke Singamata Resort Untuk Honeymoon?

Bagi anda yang menjadikan Semporna sebagai destinasi pilihan untuk berbulan madu, Singamata Resort akan menjadi pelengkap buat anda. Disini, anda diberikan pakej bulan madu yang sangat istimewa.

Menerusi pakej ini, anda akan diberikan hiasan bilik yang menarik untuk meningkatkan suasana romantik buat anda dan pasangan. Bukan sahaja di bilik. Anda akan diberikan pula sebuah pengalaman candle light dinner yang sangat luar biasa.

Dihiasi dengan kecantikan bintang-bintang malam, ketenangan di tengah lautan, ditambah pula dengan set hidangan makan malam romantik buat anda dan pasangan, anda pasti tidak akan kecewa dengan pakej yang ditawarkan.

Menu candle light dinner anda adalah seperti berikut:

  • Grill chicken chop
  • Bolognese spaghetti
  • French fries
  • Coleslaw
  • Mushroom soup
  • Jus buah
  • Dessert

Jom Bercuti di Singamata Resort!

 Kami akan pastikan pengalaman anda di Singamata Resort menjadi sebuah pengalaman yang unik dan menarik untuk anda. Kami akan sentiasa pastikan keselesaan, keselamatan dan pengalaman menarik buat anda.

Keindahan alam semulajadi, aktiviti menarik, suasana segar dan tenang di lautan biru serta banyak lokasi cantik untuk anda bergambar akan menjadi tarikan utama buat anda yang bercuti disini. Untuk informasi lanjut berkenaan pakej yang anda boleh dapatkan, klik button di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *