Nusakuya Resort Semporna – Keindahan di Tengah Lautan

Buat anda yang sedang merancang untuk bercuti di Semporna, Sabah, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman percutian yang luar biasa di Nusakuya Resort Sabah. 

Semporna merupakan sebuah destinasi percutian yang sangat kaya dengan keindahan alam semulajadi. Lautan biru jernih, udara yang segar dan pemandangan yang indah merupakan di antara sebab utama kenapa ramai yang ingin bercuti di sini.

Dengan pelbagai jenis kemudahan yang tersedia dan aktiviti yang menyeronokkan, Nusakuya Resort adalah pilihan yang sempurna untuk percutian keluarga, percutian romantik, atau pun percutian dengan rakan-rakan anda.

Kenapa Pilih Nusakuya Resort?

1. Tangga ke Lautan

Betul. Anda boleh terus turun ke laut menggunakan tangga dari bilik anda sendiri. Resort ini dibina di atas air. Di setiap bilik pula ada disediakan tangga menuju ke sebuah platform kecil yang terapung di atas air. Menerusinya, anda boleh mengakses lautan pada bila-bila masa. 

Tak kira samada anda ingin turun berenang atau sekadar merendam kaki di dalam air laut, anda boleh melakukannya terus dari bilik anda. Best kan?

Selain itu, anda juga boleh melihat hidupan-hidupan laut yang berada disini seperti ikan, tapak sulaiman dan penyu yang ada disini. Tangga ini menjadi tarikan utama kenapa ramai yang datang bercuti di Nusakuya Resort.

2. Balkoni di Setiap Bilik

Selain itu,  setiap bilik juga dilengkapi dengan balkoni yang mempunyai alas untuk anda bersantai menikmati pemandangan lautan biru dan jernih. Bayangkan suasana di petang hari sambil-sambil anda duduk menghirup secawan kopi atau teh panas. Pastinya sangat menenangkan.

Belum lagi jika anda disertai dengan cinta hati atau keluarga yang menjadi pengarang jantung anda. Sudah pastinya suasana ini akan melengkapkan lagi suasana.

Di malam hari pula, anda boleh menikmati suasana di tengah laut dan melihat keindahan bintang di langit. Jika bersama pasangan, pasti lengkap malam romantik anda.

3. Kemudahan Asas Lengkap

Kemudahan disini juga sangat baik dimana anda mempunyai akses kepada elektrik, air bersih, aircond, kipas siling, tandas, katil, tilam, barang mandian, water heater dan lain-lain. Jadi, anda tidak perlu risau kerana anda pasti akan sangat selesa.

Apapun, sentiasa berikan perhatian terhadap sebarang notis atau maklumat sekiranya berlaku apa-apa gangguan atau kerosakan terhadap kemudahan ini. Biasanya, sangat jarang untuk berlaku sebarang masalah disini.

Hal ini kerana Nusakuya Resort mempunyai sistem pengurusan yang cekap dan terlatih.

4. Rekaan Kayu Menaikkan Nilai Estetika

Saat anda melihat rekaan biliknya daripada kayu, anda pasti akan berasa kagum dan berasa seolah-olah sedang berada di sebuah resort yang sangat premium. Ditambah pula dengan hiasan dan susun atur dalamannya yang kemas, ia akan menjadikan penginapan anda disini sebagai satu pengalaman yang sangat menarik.

Anda boleh tonton sendiri video di bawah. Kami berani jamin selepas anda menonton video ini, anda akan rasa sangat tak sabar untuk datang ke Nusakuya Resort.

Aktiviti di Nusakuya Resort

Sama seperti apa yang biasa dilakukan oleh mereka yang berkunjung ke Semporna, anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

A. Island Hopping

Daki Bohey Dulang

Jika anda berkunjung ke sini, jangan lepaskan peluang untuk melakukan aktiviti island hopping ke pulau-pulau berikut:

  • Daki Bohey Dulang
  • Sibuan
  • Matabuan
  • Mabul
  • Kapalai
  • Mataking
  • Pom Pom
  • Timba Timba

Kebiasaannya, pilihan pulau bergantung kepada pakej Nusakuya Resort yang anda pilih untuk aktiviti ini. Dalam dua atau tiga pulau yang anda akan lawati untuk setiap pakej yang dipilih anda.

B. Transparent Kayak

Aktiviti transparent kayak ini merupakan aktiviti berbayar yang anda boleh request dengan pihak Nusakuya Resort. Bayangkan anda sedang berkayak tapi anda boleh melihat apa yang sedang berlaku di bawah anda.

Ada ikan berenang-berenang melintasi bawah anda, dapat melihat dasar laut dan pengalaman ini akan membuatkan seolah-olah anda sedang terapung di tengah lautan. Memang best!

C. Scuba Diving

Buat para penggemar percutian di pulau, anda pastinya ingin aktiviti scuba diving ditawarkan. Jangan risau kerana anda boleh melakukan aktiviti tersebut di sini. Peralatan akan disediakan dan anda akan dibawa ke port menarik untuk anda melakukan aktiviti ini.

Bersedialah untuk menikmati keindahan dasar lautan yang menarik, indah dan luar biasa. Selain itu, anda juga boleh melihat hidupan laut seperti ikan, tapak sulaiman, penyu dan lain-lain.

D. Jalan-Jalan Tawau

Jika anda berkesempatan, jangan lepaskan peluang untuk jalan-jalan di Tawau. Untuk aktiviti ini biasanya anda akan dikenakan caj tambahan. Namun, pengalaman di Tawau ini pasti akan menjadi satu pengalaman yang lain dari yang lain buat anda.

Anda akan dibawa untuk menikmati makanan di kawasan sekitar dan akan turut dibawa ke pasar ikan untuk mendapatkan makanan laut yang segar. Oh. Jangan risau. Makanan laut di Sabah tidak mahal.

Berdasarkan Nusakuya Resort review, ramai yang mencadangkan supaya anda mengambil peluang untuk berjalan-jalan disini.

Sesuai ke Nusakuya Resort Untuk Honeymoon?

Jangan risau kerana disini ada ditawarkan juga pakej honeymoon. Apa yang anda bakal terima adalah sebuah candle light dinner dengan lobster sebagai menu istimewa.

Selain itu, anda juga akan diberikan sarapan di bilik bersama-sama dengan pasangan anda. Oh. Jangan risau. Jika anda ada permintaan istimewa, pihak Nusakuya Resort lebih dari sudi untuk membantu merealisasikan permintaan anda.

Bayangkan apa perasaan anda dan pasangan di saat candle light dinner di tengah lautan dan diindahkan lagi dengan kecantikan bintang-bintang di langit? Memang

Lain-lain Yang Anda Perlu Tahu

- Pengangkutan dan Pergerakan

Untuk datang ke sini, anda perlu turun di Lapangan Terbang Tawau. Dari sini, anda akan disambut dan dibawa ke Semporna. Bot akan mengambil anda di jeti dan dibawa ke Pulau Nusakuya.

Di dalam setiap Nusakuya Resort package, anda akan dimaklumkan sehari lebih awal mengenai pergerakan bot kerana ia bergantung kepada masa pasang dan surut air laut. Kebiasaannya, masa tersebut adalah sekitar pukul 11.30 pagi ke 1 petang.

- Nusakuya Resort Pakej

Untuk pakej percutian anda disini, kami ada menawarkan beberapa jenis pakej berbeza. Kami juga bersedia untuk membuat pakej custom khas untuk anda terutamanya jika anda ingin datang bersama keluarga atau kumpulan yang besar.

Untuk informasi lanjut mengenai pakej yang ditawarkan dan butiran setiap pakej termasuklah Nusakuya Resort booking, anda boleh klik gambar di bawah.

Jom Bercuti di Nusakuya Resort!

Kami akan pastikan pengalaman anda disini akan menjadi sebuah pengalaman yang unik dan menarik untuk anda. Sebagai sebuah agensi yang profesional di dalam bidang ini, kami akan memastikan keselesaan, keselamatan dan pengalaman anda menjadi perkara utama bagi kami.

Setakat ini, kami mendapat review berkenaan Nusakuya Resort harga yang ditawarkan termasuk dalam kategori yang paling berbaloi dengan apa yang anda bakal dapat.

Keindahan alam semulajadi, aktiviti menarik, suasana segar dan tenang di lautan biru serta tangga ke lautan akan menjadi tarikan utama buat anda yang bercuti disini. Untuk informasi lanjut berkenaan pakej yang anda boleh dapatkan, klik button di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *