7 Tempat Wajib Bila Travel ke Perlis!!

7 Tempat Wajib Bila Travel ke Perlis!!

Tolak keluar Wilayah Persekutuan, Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia dengan keluasan lebih kurang 795KM persegi. Namun bukan calang-calang ya apa yang anda boleh terokai di negeri ini! Kalau sebelum ini ramai yang beranggapan Perlis hanyalah ‘tempat persinggahan’ untuk ke Thailand dan Pulau Langkawi, Perlis sudah mula menjadi salah satu lokasi ‘hidden gem’ di Malaysia yang menawarkan ‘world-class tourism experience’ untuk semua!

Jadi, kita ‘list’kan tempat-tempat ini khas di Perlis untuk anda:

1. Tasik Timah Tasoh / Lonely Tree

    

Tasik Timah Tasoh pada awalnya merupakan tempat pertemuan 2 buah sungai (Sungai Timah dan Sungai Tasoh) dan menempatkan sebuah perkampungan yang terpaksa ditenggalamkan untuk mewujudkan empangan air ini. Banyak aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan di Tasik yang besar ini, antaranya adalah berkayak, ‘Stand-up-paddle’, ‘Boat-Ride’, berkhemah di Santuari Ikan Air Tawar dan bermacam lagi.

PVTips: Jangan lupa untuk melawat dan bergambar di kawasan ‘Lonely Tree’, sebatang pokok yang tumbuh keluar dari Tasik ini berlatar-belakangkan Banjaran Nakawan yang memukau.

2. Bukit Chabang Mari

Ini ‘favorite’ admin! Bangun pagi, keluar dari khemah melihat pemandangan menakjubkan 2 puncak Bukit Chabang! Bukit Chabang Mari menawarkan pengalaman camping berlatar-belakangkan 2 puncak ini yang memberikan ‘feel New Zealand’ kepada kami. Kawasan ini merupakah tanah persendirian dan baru sahaja dibuka kepada orang ramai. Bayaran masuk hanya RM1 dan bayaran tapak perkhemahan adalah seikhlas hati.

PVTips: Jangan lupa untuk bawa air secukupnya kerana tempat ini hanya menggunakan tadahan hujan sebagai punca air. Bangun awal pagi dan lihat kambing-kambing meragut rumput di kawasan berpagar di hadapan campsite.

3. Bukit Keteri

Bukit Keteri merupakan salah satu destinasi ‘World-Class’ sekiranya anda ingin mencuba ‘Rock-Climbing‘! Dari ‘routes beginners’ sehinggalah ‘routes professional’, Bukit Keteri membawa anda melihat sendiri keunikan struktur batu kapur yang cantik. Selain rock climbing, anda boleh juga mendaki Bukit Keteri. Usai mencuba Rock Climbing / Mendaki, jangan lupa untuk mencuba Nasi Daging dan Nasi Kambing berharga RM2 dan RM5 di Restoran RM2 berhadapan Bukit ini. Hanya di Perlis Guys!

PVTips: Hubungi komuniti rock climbing Perlis: Perlis Climbing Development untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pengenalan kepada sukan Rock Climbing di Perlis. Selain Bukit Keteri, anda juga boleh mencuba rock climbing di Bukit Jernih, Gua Kelam dan Gua Cenderawasih!

4. Gua Kelam / Kem Hujan-Hujan

Pasti ramai yang sudah maklum mengenai Gua Kelam kan? Kalau korang nak cari tempat camping best di Perlis, jangan lupa untuk rasai sendiri pengalaman di Kem Hujan-Hujan, yang terletak di belakang Gua Kelam! Kem Hujan-Hujan ini pada awalnya adalah sebahagian daripada Kem PLKN Tasik Meranti, yang kini telah ditinggalkan. Dikelilingi Pokok Hujan-Hujan yang memberikan pemandangan kanopi yang sangat cantik, kem ini dilengkapi tandas, tempat memasak, pondok dan punca air.

PVTips: Daftar di kaunter tiket Gua Kelam, jika anda membawa banyak barangan, dapatkan kunci dan kebenaran untuk memasuki Kem Hujan-Hujan melalui jalan belakang menggunakan kereta.

5. Puncak Wang Kelian

Puncak Wang Kelian merupakan antara lokasi untuk melihat matahari terbit yang best di Perlis! Dari puncak ini anda boleh melihat sendiri bukit-bukit seperti Bukit Chabang, sebahagian Tasik Timah Tasoh dan pemandangan alam yang mengagumkan.

PVTips: Datang seawal 6 pagi untuk melihat sunrise, jika tidak mahu terlalu ramai orang – datang semasa hari bekerja! Tapi pada hari minggu, terdapat banyak kedai makanan dibuka!

6. Padang Besar

Buat mereka yang suka shopping, boleh melawat Arked Niaga di Padang Besar untuk shopping barang-barang menarik dan ada banyak kedai ‘Duty Free‘ di sekitar yang menawarkan barang-barang yang murah dan berbaloi. Nak makan pun ada banyak gerai dan restoran masakan Thai yang lazat.

7. Ladang Bunga Hibiscus/Kenaf

Dalam perjalanan ke Padang Besar, jangan lupa singgah di ladang bunga ala-ala New Zealand (melalui lorong kecil di sebelah kanan selepas AKSEM checkpoint). Ladang bunga ini sangat besar dan jangan lupa bergambar di atas salah satu puncak – berlatarbelakangkan tasik kecil yang cantik.

PVTips: Datang awal pagi, bunga-bunga adalah lebih mekar di awal pagi!

Ada banyak lagi sebab kenapa anda kena explore Perlis, terutama selepas PKP habis dan Covid-19 dah reda, tapi kami biarkan anda sendiri yang explore dan tahu sendiri nanti! Nantikan pakej-pakej adventure menarik dari Project Vacation, akan datang!

Sementara tu, korang boleh tengok adventure admin dekat YouTube video ni:

Leave a Reply

Your email address will not be published.