“Bestnya dapat cuti sambil jalan-jalan. Tapi macam mana nak dapat percutian bajet yang boleh jimat duit saya?”
Sekiranya anda merancang untuk bercuti dengan riang tanpa perlu risau keluar duit dengan banyak, ini adalah artikel yang anda patut baca.
Teruskan membaca sehingga tamat.
9 Cara Percutian Bajet
1. Tempah Awal
Nak dapat percutian bajet, anda kena rajin survey harga tiket flight.
Anda boleh dapat harga yang jauh lebih murah jika anda menempah untuk tarikh melancong pada tahun hadapan.
Namun begitu, ada juga penerbangan yang menawarkan harga tiket murah ketika promosi.
Selalunya tarikh penerbangan yang ditawarkan adalah jauh ke hadapan dan lambat lagi.
Tak mengapa, sementara itu bolehlah anda merancang percutian anda dan siapkan itinerari.
2. Bercuti Di Luar Musim
Kebiasaannya, harga tiket penerbangan dan penginapan sangat mahal semasa waktu puncak iaitu cuti sekolah atau cuti hujung tahun.
Jadi, anda boleh rancang percutian bajet anda ketika luar musim bercuti.
Selain itu, bercuti di luar musim juga mempunyai kelebihan sendiri.
Anda tidak perlu risau bilik hotel dan penginapan penuh. Tempat tarikan juga tidak akan crowded dengan pelancong.
3. Fleksibel
Untuk berjimat semasa percutian, anda perlu jadi fleksibel.
Jika anda dah terbiasa memandu kereta ke mana-mana, apa kata kali ini anda cuba gunakan kenderaan awam di destinasi tersebut.
Bukan sahaja dapat berjimat, anda juga boleh merasai pengalaman seperti orang tempatan.
Selain itu, anda juga boleh relaks dan nikmati keindahan pemandangan sepanjang perjalanan.
4. Pilih Destinasi Alternatif
Destinasi popular adalah lebih mahal berbanding destinasi lain.
Selain dari kos tinggi, tempat ini juga pasti penuh dan crowded dengan pelancong.
Anda boleh jimat duit dengan memilih destinasi alternatif. Tempat percutian bajet ini pasti rare dan lain dari yang lain.
5. Lawati Tempat Menarik Tanpa Caj
Sebenarnya, terdapat banyak tempat menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan dengan bajet minimum.
Anda boleh lawati tempat menarik yang free of charge. Antaranya pasar, tempat-tempat keagamaan dan aktiviti outdoor seperti mendaki bukit.
Kalau nak bercuti dalam negara, anda boleh rancang percutian bajet di Malaysia.
Banyak lagi tempat menarik di Malaysia yang anda boleh terokai tanpa keluarkan duit.
6. Bercuti Secara Berkumpulan
Inilah masanya untuk bercuti bersama kawan-kawan.
Bukan sahaja boleh spend time bersama, anda juga boleh jimatkan kos pengangkutan dan penginapan.
Selain itu, anda juga boleh bercuti bersama keluarga. Apabila bercuti ramai-ramai, boleh kongsi bilik dan jimatkan kos lain.
7. Cari Tempat Penginapan Murah
Sebelum tempah tempat penginapan, survey dan bandingkan harga dahulu.
Anda boleh pilih tempat penginapan yang murah, selesa dan sesuai dengan anda.
Kalau bercuti dalam kumpulan yang besar, samada dengan keluarga atau kawan-kawan, anda boleh pilih homestay atau apartment.
Kalau bersama pasangan, bilik hotel lebih berbaloi.
8. Masak Sendiri
Cara yang paling senang untuk berjimat semasa percutian bajet adalah dengan masak sendiri.
Semasa pilih tempat penginapan, anda boleh cari penginapan yang menyediakan dapur.
Bolehlah anda masak sendiri dan bawa bekal semasa berjalan-jalan.
Ini tak bermaksud anda tidak boleh makan luar sepanjang bercuti. Rugilah kalau tak cuba makanan tempatan.
Namun, anda boleh berjimat dengan kurangkan makan di luar. Ini terutama di negara yang kadar tukaran wang asing adalah lebih tinggi.
9. Tempahan Berpakej
Percutian akan jadi lebih murah apabila anda menempah pakej percutian.
Contohnya, pakej percutian merangkumi tiket penerbangan, kenderaan dan makanan.
Jadi anda tidak perlu risau untuk keluar duit lagi kerana semuanya sudah dibayar awal.
Pakej Percutian Bersama Project Vacation
Anda inginkan percutian bajet yang menarik dan berbaloi? Dapatkan pakej percutian bersama Project Vacation.
Pelbagai pakej menarik yang anda boleh pilih, samada private tour mahupun open tour.
Pakej adalah fleksibel, jadi anda boleh berbincang dengan PV untuk susun itinerary mengikut wishlist anda.
Percutian ini pasti akan menjadi kenangan manis seumur hidup.
Klik Sini Untuk Menghubungi Project Vacation