Macam mana nak jadi scuba diver

Macam mana nak jadi scuba diver? Mesti ramai yang tertanya tanya macam mana nak jadi scuba diver. Diver ni semua orang boleh ke? Macam mana nak mula? Tak reti berenang boleh join ke? Berapa kos dia ? Apa process dia ? dan bermacam macam persoalan lagi.

So jom kitorang rungkai kan 5 perkara asas yang korang perlu tahu untuk menjadi scuba diver. 

1. Ini langkah langkah untuk menjadi scuba diver secara am-nya

Carta di atas ni mungkin nampak complicated sikit. Meh kitorang ringkaskan untuk korang lebih faham : Discover Scuba Diving (optional) > OPEN WATER DIVER (Level 1) > ADVANCE OPEN WATER DIVER (Level 2) > RESCUE DIVER (Level 3) > Dan seterusnya.

Specialities Course adalah optional, dan sekiranya korang nak jadikan Scuba Diver ni sebagai karier (PADI PRO) boleh consider untuk mengambil lesen sehingga ke tahap Dive Master/Master Scuba diver paling minimum.

2. Discovery Scuba Diving (DSD)

Apa tu DSD? DSD ni ialah program percubaan (try out program). Biasanya orang buat dekat swimming pool atau di tepi pantai, sekiranya korang dekat pulau. Takde apa apa syarat yang diperlukan untuk cuba.  Janji korang ni berminat nak cuba.

Ciri-ciri yang “STRONGLY SUGGEST” untuk DSD.

1. Tak tahu berenang.

2. Boleh berenang tapi tak boleh terapung.

3. Sekadar nak rasa macam mana experience berada dalam air

4. Nak tahu bersedia atau tidak untuk ambil lesen scuba

5. Mendapat lebih pengalaman dan keyakinan sebelum ambil lesen scuba

6. Tidak konfiden dengan air

SESI DSD ni kebiasanya di ajar oleh Dive Master atau Instructor dalam masa 1-3 jam. Korang akan belajar briefly teori dan basic underwater skills. So dekat swimming pool ni mudah dan terkawal sebab diorg akan start mengajar dekat water level paras dada je. Kalau cuak berdiri je terus.hehe

Apa bagusnya DSD ni? DSD ni bagus utk persediaan korang sebelum ambil lesen. Korang akan lebih faham dan bersedia. Ala macam pra-perperiksaan kat sekolah dulu la. At least ada la dapat soalan bocor sana sini. hehe. Amaran : Jangan sesekali dengar cerita orang lain, lain orang lain pengalaman dan keupayaan dia. 

 

3. OPEN WATER DIVER COURSE

OPEN WATER DIVER COURSE (OW) ni adalah lesen pertama (boleh dikatakan sebagai Level 1) yang perlu anda ambil untuk menjadi seorang “Certified Scuba Diver”.  Course selalunya mengambil masa 4 hari 3 malam atau 3 hari 2 malam sekiranya korang habiskan theory dan confine water session (swimming pool) di tempat anda.

Open Water Course terbahagi kepada

1. Theory & Exam

2. Confined Water Session

3. Open Water Session 

Masa nak register untuk OPEN WATER COURSE ni korang mesti tanya diri sendiri. Betul ke nak pergi dive ni? dah bersedia ke? Tak takut ke ? Laut dalam tu! Nanti kena makan shark macam mana? Lemas ? dan macam macam lagi. Jangan risau, ingat apa yang da belajar masa DSD dan kuatkan semangat. Memang nervous, memang risau. Selagi tak masuk dalam laut dan start learning to dive korang takkan tahu bertapa bersedianya korang nak jadi scuba diver sebenarnya.

 

4. Syarat Kelayakan

Semua orang boleh menjadi seorang scuba diver. Ada beberapa syarat je yang perlu untuk korang layak memulakan course OPEN WATER DIVER 

1. Umur melebihi 10 tahun

2. Bebas dari sebarang penyakit kronik, atau keadaan yang boleh membahayakan diri ketika melakukan aktiviti air (Minta sample medical form untuk semak). Kalau korang rasa penyakit korang tu tak membahayakan, sila dapatkan surat pengesahan doktor.

5. Kos program Scuba Diving

Kos purata untuk program program scuba diving ni ada pelbagai jenis. Kos berubah mengikut keadaan seperti tempat, pakej, servis kualiti, kualiti peralatan, pengalaman mengajar, dan macam macam lagi. Contoh di bawah adalah harga purata untuk tahun 2019 – 2020

1. Discovery Scuba Diving : RM170/pax

2. PADI OPEN WATER : RM1200 (course sahaja)

3. PAKEJ PADI OPEN WATER : RM1600 (termasuk bilik, ferry etc)

4. PADI ADVANCE OPEN WATER : RM1150 (Course sahaja)

5. PAKEJ PADI ADVANCE OPEN WATER : RM1500 (termasuk bilik, ferry etc)

So itulah 5 perkara asas yang korang patut tahu tentang scuba diving. Harap info ni dapatlah membantu sedikit sebanyak untuk korang buat keputusan untuk menjadi scuba diver. So apa lagi, pergi cari pakej pakej scuba yang menarik!

 Kalau tak sure lagi korang follow Instagram PVDive dan daftar dekat bawah untuk dapatkan harga promosi.

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

DAFTAR DISINI UNTUK DAPATKAN HARGA PROMOSI LESEN SCUBA DIVE

Leave a Reply

Your email address will not be published.