Inilah Trip ke New Zealand yang Anda Tak Akan Lupa Sepanjang Hayat

trip ke new zealand

Inilah Trip ke New Zealand yang Anda Tak Akan Lupa Sepanjang Hayat

Mencari tempat bercuti yang memukau dan lain daripada yang lain? Apa kata anda rancang trip ke New Zealand.

Jika anda inginkan percutian yang menenangkan, New Zealand merupakan pilihan yang menarik. Dengan pemandangan yang indah dan unik, trip ke New Zealand anda pasti akan kekal menjadi memori terindah!

Sebelum itu, mari ketahui lebih lanjut mengenai New Zealand.

 

Kenapa New Zealand?

 

New Zealand merupakan sebuah negara kepulauan terletak di Lautan Pasifik

Pulau yang besar ini mengandungi dua pulau besar yang utama, iaitu Pulau Utara (North Island) dan Pulau Selatan (South Island).

Negara ini merupakan jiran Australia. Biarpun ketika musim panas, New Zealand kekal nyaman dengan suhu yang rendah. Jangan lupa bawa baju sejuk ya!

 

Sebelum Melancong ke New Zealand, 6 Perkara yang Anda Perlu Sedia

 

Sangat penting untuk membuat persiapan awal sebelum melancong. 

Untuk trip ke New Zealand ini, pastikan anda memberikan perhatian kepada 6 perkara berikut:

1. Perbelanjaan 

belanja trip ke new zealand

Tentukan bajet perbelanjaan anda.

Ini kerana kebanyakan aktiviti di North Island New Zeeland adalah berbayar.

Anda digalakkan untuk membuat senarai lengkap aktiviti yang anda minati sepanjang bercuti ke New Zealand.

2. Tiket Penerbangan

Ada banyak trip penerbangan dari Kuala Lumpur ke Auckland, New Zealand. 

Jika anda pilih AirAsia, akan ada transit di Gold Coast, Australia. Ada pengumuman mengenai gate mana yang anda perlu pergi untuk penerbangan ke Auckland.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Gold Coast mengambil masa selama 8 jam. Kemudian anda akan sampai ke Auckland dalam masa 3 jam.

Jika anda merancang untuk menjelajah ke New Zealand selain di Auckland, anda boleh tempah tiket penerbangan domestik.

 3. Bawa Makanan

 

bawa bekal trip ke new zealand

Di New Zealand, anda mudah mendapatkan makanan halal. Anda boleh mencari restoran halal di website seperti ini.

Jika anda ingin berjimat, anda disarankan untuk membawa makanan dari Malaysia.

Antara makanan yang anda boleh bawa adalah sos, kicap, pes masakan dan mee segera.

Selain dari itu, anda boleh membeli barang untuk memasak di pasaraya New Zealand.

 4. Declare Barang Yang Dibawa

Sebelum mendarat di New Zealand, anda akan diberi declaration form untuk diisi.

Anda wajib declare setiap makanan yang anda bawa. Di imigresen, ada lorong khas untuk declare dan check makanan dalam luggage.

Untuk pengetahuan anda, pihak berkuasa New Zealand sangat tegas.

Anda boleh disaman jika gagal untuk declare makanan dan barangan yang dibawa. 

Oleh itu, anda digalakkan untuk menyediakan awal-awal senarai makanan yang anda bawa.

Masukkan gambar dan ingredients makanan dalam senarai tersebut.

5. Buat Penukaran Wang

Mata wang New Zealand ialah New Zealand Dollar (NZD).

Anda boleh survey untuk mendapatkan tukaran matawang yang berbaloi.

Pastikan anda menukar wang sebelum berlepas ke New Zealand.

6. Sewa Caravan atau Kereta

sewa kereta caravan trip ke new zealand

Untuk menjelajah ke tempat menarik di New Zealand, anda mempunyai dua pilihan.

Anda boleh menaiki kereta sewa atau caravan.

10 Hari Di New Zealand

Sepanjang 10 hari trip ke New Zealand, ada macam-macam aktiviti yang anda boleh buat. Antaranya seperti:

  • Hiking dan berbasikal di Queenstown
  • Berkayak di Milford Sound
  • Melihat fenomena Geothermal
  • Melawat set pengambaran movie The Hobbit
  • Menaiki kapal cruise sambil melihat ikan dolphin dan ikan paus
  • Berkayak di laut
  • Menjelajah kesan gunung berapi
  • Bungee jumping
  • Melihat cultural show dan mengenali budaya Maori dengan lebih dekat

 

 

Sedang Mencari Pakej Bercuti ke New Zealand?

Anda inginkan trip ke New Zealand yang menarik dan berbaloi? Dapatkan pakej percutian ke New Zealand dari Project Vacation

Anda dah boleh book pakej ini tanpa perlu ada minimum pax.

Anda juga boleh menjelajah South Island dengan mudah dan selesa dengan menaiki caravan, lengkap dengan itinerary dan perjalanan percutian sepanjang anda berada di New Zealand.

Jangan risau, pakej ini adalah fleksibel dan mesra Muslim.

Pasti menjanjikan pengalaman manis yang tak kan anda lupakan sepanjang hayat. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *