Scuba Diving: Baca Panduan Lengkap ini Sebelum Anda Menyelam

scuba diving malaysia

Scuba Diving: Baca Panduan Lengkap ini Sebelum Anda Menyelam

Anda sukakan laut dan gemar melakukan aktiviti air? Jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti scuba diving Malaysia.

Pengalaman untuk menyelam di tengah lautan luas mungkin menakutkan bagi sesetengah orang.

Namun, selam scuba memberikan peluang untuk anda merasakan sendiri pengalaman berada di dasar lautan sambil menikmati keindahan marin.

Scuba merujuk kepada Self Contained Underwater Breathing Apparatus (SCUBA) yang bermaksud peralatan pernafasan bawah air diri yang lengkap.

Secara ringkas, ia merupakan aktiviti bawah air yang dilakukan oleh penyelam dengan memakai set peralatan khas untuk membolehkan penyelam berada di dalam air untuk tempoh masa yang lama.

Berminat dengan selam scuba? Mari ketahui lebih lanjut mengenai aktiviti ini.

 

Kenapa Anda Perlu Mencuba Scuba Hari Ini?

 

 cuba scuba

 

Anda mesti mencuba selam scuba kerana ia merupakan salah satu cara senaman yang bagus untuk anda.

Selain dari itu, aktiviti ini juga mempunyai pelbagai kebaikan seperti:

  • Meningkatkan stamina
  • Memulihkan kecederaan
  • Melegakan stress
  • Meningkatkan aliran darah
  • Menambahbaik sistem pernafasan

 

9 Perkara yang Perlu Diketahui Sebelum Selam Scuba

 

Persediaan untuk menyelam adalah sangat penting, terutamanya untuk first-timer. Ia bagi memastikan penyelaman anda berjalan dengan lancar.

Berikut merupakan 9 perkara yang anda perlu tahu tentang selam scuba sebelum mencubanya:

1. Peralatan untuk Menyelam 

Untuk membolehkan anda bernafas dan bergerak bebas ketika menyelam, anda memerlukan peralatan ini: 

  • Buoyancy Control Device (BCD)

BCD digunakan untuk memegang tangki scuba.

Ia juga bertindak sebagai jaket keselamatan untuk memberikan apungan tambahan.

  • Regulators 

Alat ini menyalurkan udara dari tangki ke mulut penyelam melalui hos berkualiti tinggi.

Hos ini mampu menahan kadar tekanan tinggi.

 

2. Pakaian yang Sesuai

scuba diving malaysia

Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai untuk menyelam untuk keselesaan menyelam.

Antara set pakaian yang anda perlu ada ialah:

  • Face mask 

Alat ini membantu penyelam melihat dengan jelas di dalam air.

Ia juga melindungi hidung daripada dimasuki air.

  • Exposure suit

Pakaian seperti wetsuit dan rashguard adalah sangat penting ketika berada dalam air.

Ia bertindak sebagai penebat dan melindungi anda dari tercedera jika terlanggar sesuatu ketika dalam air.

  • Weight belt

Tali pinggang ini digunakan untuk mewujudkan apungan.

Ia membantu untuk menenggelamkan tubuh badan penyelam.

  • Fins 

Kaki itik ini akan menjadi kaki anda sepanjang selaman.

Ia membantu anda untuk bergerak laju dengan mudah semasa dalam air.

 

 3. Tangki Scuba

tangki scuba

Tangki ini mengandungi udara atmospheric seperti yang kita sedut, tetapi ia telah ditapis dan dimampatkan ke dalam tangki.

Sebelum anda mula menyelam, pastikan tangki ini telah diisi.

 

 4. Tempoh Boleh Bernafas dalam Air

ber nafas dalam air skuba diving

Kebiasaannya, seorang penyelam boleh bernafas sehingga 60 minit dalam air dengan hanya menggunakan 1 tangki scuba pada kedalaman 14-18 meter.

Namun ianya bergantung kepada prestasi penyelam tersebut.

 

5. Kedalaman untuk Menyelam

Tahap kedalaman untuk menyelam adalah bergantung pada sijil lesen menyelam anda.

Bagi selaman paling asas, 18 meter adalah kedalaman yang sesuai.

6. Lesen Menyelam

lesen menyelam skuba

Sebelum menyelam, anda mesti dapatkan lesen menyelam yang diiktiraf oleh badan antarabangsa tertentu seperti:

  • Professional Association of Diving Instructors (PADI)
  • Scuba Diving International (SDI)
  • Scuba Schools International (SSI)

 

7. Tempoh Buat Lesen Menyelam Scuba Diving Malaysia

kelas scuba diving malaysia

Kebiasaannya ia mengambil masa lebih kurang 3-4 hari untuk mendapatkan lesen menyelam asas.

Proses membuat lesen ini termasuk pembelajaran dalam kelas, pembelajaran praktikal dalam air (confined water dan open water), dan perlu lulus ujian.

 

8. Menyelam Tanpa Lesen

scuba diving malaysia

Tak sempat nak buat lesen tapi teringin nak menyelam? Anda boleh ambil kursus pendek, Discover Scuba Diving (DSD).

Kursus ini hanya mengambil masa 2 jam.

Anda akan diajar tentang kemahiran asas menyelam, kemudian pergi menyelam bersama instructor.

 

9. Harga untuk Selam Scuba

Kos untuk mengambil lesen bergantung kepada jenis lesen selaman:

  • Open water – RM750-RM1500
  • Advanced open water – RM800-RM1600
  • Specialty courses – RM350-RM1500/specialty

 

10 Tempat Untuk Scuba Diving di Malaysia

skuba di malaysia

Nak menikmati keindahan hidupan marin, tak perlu susah-susah ke luar negara. Malaysia pun ada!

Negara kita sememangnya terkenal dengan hidupan laut yang cantik dan elok terjaga.

Lokasi menyelam yang terkenal di Malaysia:

  1. Pulau Sipadan
  2. Pulau Mabul
  3. Pulau Lankayan
  4. Pulau Layang-Layang
  5. Pulau Mataking
  6. Pulau Redang
  7. Pulau Tenggol
  8. Pulau Perhentian
  9. Pulau Tioman
  10. Lang Tengah

  

Berminat untuk Menjadi Penyelam Skuba Bertauliah? Daftarkan Penyertaan Anda dengan Project Vacation

 

Project Vacation menyediakan kursus selam scuba untuk anda! 

Kesemua kursus scuba diving Malaysia ini dijalankan oleh instructor berpengalaman dari PADI dengan kollaborasi bersama pusat menyelam di pulau-pulau terpilih. 

Terdapat pelbagai servis yang disediakan, termasuk DSD, kursus PADI, trip selaman scuba serta latihan berenang. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *