Wow, 51 Tempat Menarik di Korea Yang Saya Wajib Pergi

tempat menarik di korea

Wow, 51 Tempat Menarik di Korea yang Saya Wajib Pergi

Dalam K-Drama, ada banyak scene dekat tempat menarik di korea. Semua cantik dan best, mesti teringin nak pergi.

Teringin nak pergi Korea, tapi tak tahu nak pergi mana? Di sini ada 51 tempat menarik di Korea yang anda mesti lawati.

Pastinya trip ke Korea ini akan menjadi kenangan terindah anda.

 

51 Tempat Menarik di Korea Yang Anda Mesti Pergi

 

 

 

1. Pulau Nami 

pulau nami

Walaupun dia terletak sedikit jauh dari Seoul, Pulau Nami merupakan tempat menarik di Korea.

Ia sangat sesuai bagi pencinta keindahan alam semulajadi. Anda boleh ke sini dengan menaiki feri.

 

 

2. Starfield Library

starfield library

Tempat yang sering menjadi tumpuan pelancong, lebih-lebih lagi pencinta buku.

Starfield Library terletak di tengah-tengah Coex Artium.

Jangan lupa bergambar di escalator bersebelahan dengan rak buku gergasi ini.

 

 3. SM Town at Coex Artium

Bagi peminat Kpop, anda wajib lawati tempat menarik ini. 

SM Town terdiri daripada SM Town Studio, SM Town Theatre dan SM Town Café. 

 

 

 4. Namsan Tower

Tak sah trip anda ke Korea kalau tidak melawat Namsan Tower.

Ia merupakan mercu tanda yang ikonik di Seoul yang terletak di atas bukit.

 

 

5. Namsan Park

Mata wang New Zealand ialah Namsan Park terletak berhampiran dengan Namsan Tower. 

Ia merupakan lokasi bersejarah dan pernah dijadikan kawasan kubu daripada serangan musuh. 

Di sini, anda boleh menikmati keindahan lanskap yang memukau terutama sekali ketika musim luruh.

 

 

6. Lotte World

Tempat menarik di Seoul ini merupakan indoor theme park terbesar di dunia. 

Ia dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Indoor Adventure Theme dan Magic Island Theme.

 

7. Everland Theme Park

Theme park terbesar di dunia adalah Everland Theme Park.

Ia mempunyai lima bahagian, iaitu Global Fair, Zoo-Topia, European Adventure, Magic Land dan American Adventure.

 

8. Itaewon

tempat menarik di korea itaewon

Itaewon adalah bandar yang terkenal sebagai tempat makanan halal bagi pelancong Muslim. 

Anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan halal, termasuk makanan Korea yang asli di sini.

9. Seoul Central Mosque

Jika anda lawati Itaewon, anda mesti singgah Seoul Central Mosque. Ia merupakan masjid terbesar di Korea.

10. Dongdaemun Design Plaza

Kawasan ini merupakan salah satu tempat menarik di Seoul kerana seni binanya yang unik dan futuristik. 

Ia merupakan rekaan seorang arkitek terkenal iaitu Zaha Hadid. Tempat ini juga merupakan pusat kreatif Korea. 



11. National Museum of Korea

Bila melancong ke negara orang, pasti banyak yang ingin dipelajari mengenai negara tersebut. 

Kalau begitu, anda mesti lawati National Museum of Korea. 

Pamerannya tersusun kemas, lengkap dengan penerangan dalam Bahasa Inggeris.

12. Bukchon Hanok Village

Jika anda sudah lawati muzium untuk mempelajari sejarah, perkampungan ini pula adalah lokasi terbaik untuk mendalami budaya masyarakat Korea. 

Di sini terdapat beratus-ratus rumah tradisional Korea.

13. Samcheong-dong

Kawasan ini merupakan lorong-lorong kecil yang menghubungkan pintu masuk utama ke Bukchon Hanok Village. 

Samcheong-dong merupakan tempat menarik yang penuh dengan kafe comel, kedai antik dan galeri.

14. Myeongdong

Myeongdong adalah syurga membeli-belah di Korea yang anda wajib singgah. Jika anda ingin mencari skincare dan produk mekap buatan Korea, inilah tempatnya. 

Di sini juga ada dijual souvenir yang boleh dibawa pulang.

15. Namdaemun

Namdaemun merupakan sebuah pasar yang menjual pelbagai barangan menarik. 

Terletak berhampiran dengan Myeongdong, di sini juga ada dijual pelbagai jenis hadiah dan buah tangan untuk anda bawa pulang.

16. Insadong

Pada zaman Dinasti Joseon, Insadong merupakan tempat pelukis-pelukis Korea mempelajari seni lukisan

Kini, ia kekal dengan semangat kesenian dengan pelbagai jenis galeri seni, lukisan dan kraftangan yang boleh dilawati.

17. Hangang Park

Hangang Park terletak di tepian Sungai Hangang. Ia merupakan sebuah taman rekreasi yang sesuai untuk aktiviti keluarga. 

Ia juga yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti ‘skate rink’, laluan basikal dan juga kolam renang.

18. Kuil Gyeongju Bulguksa

Kuil ini terletak di Taman Negara Gyeongju, Gyeongju. Ia telah dibina sejak zaman pemerintahan Raja Gyeongdeok Silla pada tahun 751.

19. Kuil Bongeunsa

Kuil ini merupakan tempat menarik di Seoul yang terletak di tengah-tengah bandar. 

Kuil Buddha ini mempunyai binaan yang menarik dan taman yang indah.

20. Taman Negara Bukhansan

Taman Negara Bukhansan adalah tempat menarik di Korea yang terdiri dari Gunung Bukhansan dan Dobongsan. 

Di sini juga terdapat Kubu Bukhansanseong. Kubu ini mempunyai 15 pintu gerbang dan 120 bilik.

21. Petite France

Di Petite France, anda boleh rasai pengalaman seperti di Perancis, walaupun anda sebenarnya berada di Korea! 

Taman teman ini merupakan inspirasi dari novel Perancis terkemuka, The Little Prince. Ia merupakan tempat menarik di Korea pada musim sejuk.

22. Yongpyong Ski Resort

Ski resort ini merupakan tempat menarik di Korea pada musim sejuk.

 Di sini, pengunjung boleh menikmati pelbagai sukan musim sejuk dari pertengahan November hingga awal April. 

23. Istana Gyeongbokgung

Bagi penggemar K-drama bersejarah, anda mesti lawati istana ini. Istana Gyeongbokgung merupakan antara istana yang tercantik dan terbesar di Seoul.

24. Gwanghamun Square

Gwanghamun Square merupakan lagi satu destinasi yang terletak berhampiran dengan Istana Gyeongbokgung. 

Selepas anda menerokai istana itu, adalah boleh berjalan kaki ke sini.

25. Istana Changdeokgung

Lagi satu istana yang anda perlu singgah adalah Istana Changdeokgung. 

Istana ini adalah sangat luas, anda memerlukan sekurang-sekurangnya 2 jam untuk menerokai keseluruhan kawasan istana.

26. Pulau Jeju

Pulau Jeju merupakan pulau yang terkenal di Korea. Ia juga dikenali sebagai “Kota Bulan Madu Korea Selatan”. 

Pulau indah ini menempatkan beberapa buah destinasi yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO.

27. Mount Hallasan

Tidak sah trip anda ke Jeju jika tidak berkunjung ke Mount Hallasan.

 Dengan pelbagai jenis flora dan fauna, sememangnya menjadi kegemaran pencinta alam semulajadi.

28. Jeju Folk Village Museum

Dah datang ke Pulau Jeju, anda mesti singgah ke perkampungan klasik di sini. 

Di Jeju Folk Village Museum, anda boleh lihat sendiri persekitaran masa lalu.

29. Manjanggul Cave

Destinasi ini merupakan tapak warisan UNESCO di Korea. Manjanggul Cave adalah salah satu dari gua atau terowong yang terpanjang di dunia.

30. Seongsan Ilchulbong

Tempat menarik di Jeju ini juga dikenali sebagai Seongsan Sunrise Peak. 

Destinasi unik ini juga diiktiraf sebagai salah satu keajaiban dunia.

31. Pantai Jungmun

Pantai yang indah ini sering dijadikan lokasi K-drama. Pantai Jungmun sememangnya unik dengan pasirnya yang pelbagai warna seperti merah, hitam, putih dan kelabu.

32. Jeongbang Falls

Salah satu tempat menarik di Korea yang sering menjadi tarikan pelancong adalah Jeongbang Falls. 

Air terjun ini merupakan satu-satunya air terjun yang mengalir jatuh terus ke dalam lautan di Asia.

33. Incheon Bridge

Berukuran 21.39 km, jambatan ini merupakan yang ketujuh terpanjang di dunia. Dari jambatan ini, anda boleh menikmati keindahan laut dan juga bandaraya Incheon.

34. Incheon Grand Park

Seperti namanya, Incheon Grand Park sememangnya taman yang sangat grand

Tanpa mengira musim, taman ini sentiasa memiliki lanskap yang indah. Ia juga lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk seisi keluarga.

35. Songdo Central Park

Jika dibandingkan dengan Central Park New York, Songdo Central Park tidak kurang hebatnya. Walaupun dikelilingi dengan hutan konkrit, ia tetap kaya dengan tumbuhan hijau.

36. Incheon Children’s Science Museum

Jika anda merasakan muzium adalah membosankan, anda mesti berkunjung ke muzium ini. 

Ia mempunyai pelbagai pameran interaktif yang pasti menarik minat bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa.

37. Songwol-dong Fairy Tale Village

Bercuti dengan anak-anak kadangkala boleh membuatkan mereka bosan jika tidak kena gaya. Apa kata, anda bawa mereka ke perkampungan dunia dongeng ini. 

Ia penuh dengan pelbagai karakter kartun yang terkenal seperti Peter Pan dan Cinderella.

38. Ganghwa Chojijin Fortress

Kubu ini telah dibina sejak tahun 1655 lagi. Ia berfungsi untuk mempertahankan Korea dari serangan musuh yang datang dari arah laut. 

Di sini anda boleh lihat sendiri buah meriam yang digunakan pada era Dinasti Joseon.

39. Busan International Film Festival (BIFF) Square

Destinasi ini merupakan lokasi terkenal buat kaki shopping dan juga pencinta makanan. 

Jika anda singgah di sini, jangan lupa untuk cuba makanan popular yang terkenal iaitu Hotteok. Murah dan sedap.

40. Taejongdae Park

Jika anda sampai ke Taejongdae Park, jangan lepaskan peluang untuk menaiki keretapi Danubi. 

Keretapi hop-on hop-off ini akan membawa anda ke semua destinasi menarik di sini. Antaranya seperti rumah api, tebing dan tapak dinosaur.

41. Masjid al-Fatah Busan

Bagi yang beragama Islam, kadangkala terasa sukar untuk mencari tempat solat yang sesuai jika berkunjung ke negara yang majoritinya bukan Islam. 

Jika anda datang ke Busan, singgah sahaja ke Masjid al-Fatah Busan.

42. Kuil Beomeosa

Kuil ini terletak di Busan. Kuil Beomeosa sememangnya cantik dan klasik. 

Tempat menarik di Korea ini sesuai dikunjungi pada musim luruh.

43. Gamcheon Culture Village

Gamcheon Culture Village penuh dengan warna-warni di setiap sudut!

Kawasan perkampungan ini bertingkat-tingkat, jadi pastikan anda memakai kasut yang selesa semasa ke sini.

44. Pantai Haeundae

Busan merupakan pelabuhan yang dikelilingi dengan beberapa buah pantai. 

Dengan kepanjangan 1.5 km, Pantai Haeundae menawarkan pemandangan yang memukau. 

Pantai ini merupakan tempat menarik di Korea pada musim panas.

45. Pantai Gwangalli

Pantai ini merupakan tempat menarik di Busan yang sering mendapat sambutan. Terutama sekitar bulan Oktober, ketika Busan International Firework Festival diadakan. 

Dari sini juga anda boleh melihat keindahan jambatan Gwangandaegyo.

46. Sea Life Busan Aquarium

Jika anda sukakan hidupan laut, anda mesti lawati Sea Life Busan Aquarium. 

Tempat menarik di Busan ini mempunyai sekitar 250 spesis haiwan marin berbeza.

47. Apsan Park

Tempat menarik di Daegu ini terletak di sekitar gunung Apsan. 

Boleh lah anda berjalan-jalan di Apsan Park dan menikmati keindahan pemandangan Daegu.

48. Apsan Observatory

Terdapat dua cara untuk ke Apsan Observatory. Cara yang pertama, anda boleh mendaki hingga ke puncak gunung Apsan. 

Cara yang kedua, anda boleh menaiki kereta kabel yang disediakan di kaki gunung.

49. Biseul Mountain

Biseul Mountain mempunyai ketinggian 1084 meter. 

Ia merupakan destinasi indah yang sesuai dilawati tanpa mengira musim. 

Destinasi ini mesti dilawati di Daegu.

50. 83 Tower Daegu

83 Tower ini merupakan tempat menarik di Daegu. 

Ia merupakan bangunan ikonik dan menara tertinggi di Daegu. 

Anda disarankan untuk berkunjungi ke sini semasa hari Festival Starlight untuk menyaksikan sekitar 8 juta lampu LED dinyalakan.

51. E-World Daegu

Alang-alang dah ke 83 Tower Daegu, apa kata anda terus ke E-World Daegu. 

Taman tema ini mempunyai pelbagai jenis tarikan menarik. 

Antaranya seperti magic castle, carousel dan roller coaster.

 

 

Seoul Korea Private Tour

Anda inginkan trip ke Seoul Korea yang best dan menarik? Dapatkan servis private tour ke Seoul Korea bersama Project Vacation.

Dengan private tour Project Vacation, anda boleh susun sendiri itinerary anda di Korea mengikut wish list anda. 

Jangan risau, tour guide anda berpengalaman dan berpengetahuan tentang tempat menarik di Korea. Malah, fasih berbahasa Korea! Senanglah kalau anda nak tawar menawar semasa shopping nanti.

Pasti trip anda ke Korea ini akan menjadi pengalaman yang paling tak boleh dilupakan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.